Thursday, 21 June 2018

CARA PENGGUNAAN PREGNANCY TEST (UJIAN KEHAMILAN DIRUMAH)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Ini entri aq pada tahun 2018 ni..
Memandangkan ramai lagi yang tak tahu/nak tahu cara penggunaan ujian kehamilan (dirumah) dan aq pun baru je lalui, boleh lh aq share beberapa jenis, cara dan tips penggunaan.

Macam yg kita sedia maklum, pregnancy test kit ni melambak jual dkt farmasi yg ada dkt luar tu. 
Yelah, kita kdg2 1st time ni.. kte beli je reti.. Tapi cara nk guna tu yg kita tak tahu kn? 

Pregnancy test ni ada banyak jenis, ada yg strip, ada cassette mahu pun yg digital.
Ni aq bg contoh gambar2 jenis pregnancy test tu.

1. STRIP

Haa.. ni cth yg strip, stakat ni yg strip mmg yg paling murah. (Org ckp lh).. Bagi aq harga dia lbh kurang je. hihi.. 

Cara Penggunaan : Biasa beli yg strip dia akan bg mangkuk dia skali. Jadi, korg kencing je dlm mangkuk kecil tu then sangkut/letak strip dlm mangkuk tersebut. Tapi kalau beli yg murah, dia tak bg pon.. so tadah n pegang lh smpai line keluar.. hihi.. Klu tak faham apa aq terangkan, korg boleh lh tgk guideline dia dlm kotak ataupun belakang kotak. Btw, air kencing tu jgn lh bnyk sgt.. asal dia tak lebih dari line biru yg ada perkataan MAX tu okay dh..

Harga : Rate harga tgk dkt mana korg beli. kalau dkt lazada ke shopee ke (pembelian online lh) biasa murah. Dalam RM1 boleh dpt dh (tapi kne pandai cari lh.. huhu). Tapi kalau korg beli dkt Guardian ke.. Watson ke.. Caring ke.. biasa harga dia start RM3 keatas. (kira murah jugak lh tu kn..huhu)

2. Cassette


Okay kalau yg cassette ni bnyk gak jenis & rupa dia. Yg aq guna dulu cassete jenis yg mcm gambar dkt ats tu. Jenama Dislocure. Kalau pregnancy test jenis cassete lbh mudah guna lh kot bg aq. 

Cara Penggunaan : Dalam pack tu dia akan bg pregnancy test 1 dan tube 1. Mula2 korg tadah lh air kencing korg dlm bekas kecik. Tak ada bekas pon x pe.. tadah guna tapak tangan pon boleh juga. Then ambil tube tadi dan sedut msuk tube tu. Then titiskan dkt cassette tu (ada mcm lubang dkt hujung tu) sebanyak 4 titik. Then tunggu lh beberapa minit. Nnti akan ada warna merah naik ke garisan yg diorg cipta. Kalau pregnant, dkt line 1st tu dia dh warna dh (T) kalau tak. Ada 1 line je iaitu dkt  (C). 

Harga : Masa aq beli dulu harga dia dari RM5 smpai Rm8 lbh ada juga yg belas ringgit. Tapi kalau korg beli dkt online shop. Mungkin boleh dapat lg murah. huhuhu..

3. Digital


Taddaaaa... ni lh rupa yg digital. Biasa yg digital ni lbh accurate lh.. And biasa juga aq jumpa msti jenama Clear Blue. Masa husband aq terlalu exited nk confirmkn yg aq btl2 pregnant dia beli kn aq bnda ni lh. hahaha.. Tapi harga yg digital ni agak mahal. Yelah.. benda pon digital.

Cara Penggunaan : Pregnancy test digital ni rupa dia mcm pen. Siap ada penutup lg. So korg kencing je dlm satu bekas, Then celup je hujung kit tu dkt dlm bks tdi. Tunggu lh kejap smpai ada keluar logo gelas pasir dkt skrin then tnggu lg sbb dia tgh proses air kencing korg. Hari tu aq buat dlm 10 minit juga lh tunggu. huhu.. Bila korg pregnant dia akan keluar perkataan PREGNANT siap ada week dia skali tau.. hihi.. so korg dpt lh tau berapa usia kandungan korg nnti. Tapi, kalau dia keluar 2-3 tu bukan bermakna kandungan korg dh 2-3 week. Tapi dh 4-5 week!! huhu.. dkt belakang kotak tu ada lh instruction dia mcm ni.


Harga: Mcm aq ckp tdi nama pon digital so agak mahal sikit lh.. dari RM30 hingga Rm40+


Okay.. tu je lh yg aq dpt share jenis & cara penggunaan prgnancy test yg aq tahu. Mybe dkt luar sana ada bnyk lg jenis yg aq tak tahu knn.. Tapi aq share apa yg aq tahu je lh. huhu..

Next entri nnti aq share pasal Cara/Pengalaman Daftar Buku Pink (Buku Baby) pula ek.
Terima kasih kerana sudi singgah membaca. Assalamualaikum. 

NOTA KAKI: Setiap air kencing yg korg akan guna/tadah tu, keluarkan sikit (sikit je then tahan) dan tadah lg sekali. Then nk check ni batter guna air kencing 1st waktu pg. Sbb biasanya HCG kita yg paling tinggi time mcm tu. Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. Akak kalau air kencing tu titik 1 titik je kan, tapi hasil dia tengah ii sama ada T atau C tk pasti cenna

    ReplyDelete